Seorang Ahli Parlimen yang begitu tamak dan mementingkan kepentingan diri
Incident pertama : YB Wee Choo Keong menghadiri Majlis Amal SJKC Mun Yee di Taman P. Ramlee pada 5-7-08.
Saya tertarik pada incident ini bukan kerana kehadiran YB pada majlis tetapi kemarahan YB terhadap Pengetua dan Pengurus sekolah dimana YB telah sebut beberapa kali pada program-program yang lain bahawa Pengetua dan Pengurus sekolah adalah penipu besar (great liar). Segala-galanya berpunca daripada YB tidak diberi kesempatan untuk berucap.
Incident kedua : YB Wee Choo Keong menghadiri majlis Perasmian Program Gotong-Royong Perdana anjuran KRT & PKKP Blok C, Taman Melati pada 20-7-08.
Majlis Gotong-Royong telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah DBKL yang mewakili Menteri Wilayah Persekutuan. Sama sahaja, YB Wee tidak dijemput untuk berucap. Setelah kejadian itu, YB Wee TERUS MENGAMOK, menuduh dan marah kepada akhbar tempatan bahawa penganjur tidak menghormati Ahli Parlimen, pada hal YB sendiri tidak maklum kepada penganjur bahawa beliau akan menghadiri majlis itu.
Kedua-dua incident ini berpunca dari YB tidak berucap, akan tetapi sikap YB sendiri yang begitu tamak itu telah menunjukkan bahawa YB merupakan seorang ahli politik yang kurang ajar, suka marah, cepat naik darah.
Adakah YB sedari bahawa jika seseorang itu ingin dihormati, beliau seharusnya belajar untuk menghormati orang lain.
Belajarlah YB, Jangan Jadi Kurang Ajar !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Beginikah perangai seorang Ahli Parlimen yang kami hormati, kurang ajar betul.
Post a Comment